Wednesday, January 19, 2011

PruBSN PROTECT & PruBSN PROTECT PLUS

PruBSN Protect adalah pelan terbaharu dari PruBSN yang menyediakan perlindungan khusus jika berlaku Kematian atau Hilang Upaya kekal akibat kemalangan atau penyakit. Selain itu, pelan ini juga menyediakan perlindungan tambahan sekiranya peserta di timpa kemalangan. Perlindungan ini termasuklah
      • Pampasan akibat Kematian atau kecacatan anggota badan.
      • Bayaran kos rawatan kemalangan
      • Pendapatan mingguan akibat hilang upaya di sebabkan kemalangan.




Apabila peserta kehilangan pendapatan akibat kemalangan atau penyakit kritikal, pelan ini akan membantu melindungi dengan:
  • Memberi pendapatan bulanan kepada anda dan keluarga
  • Anda tidak perlu lagi membayar apa-apa caruman kerana semuanya akan dibayar oleh PruBSN
  • Membayar caruman bulanan anda jika pasangan anda :
  • a) Meninggal dunia            
  • b) Lumpuh sepenuhnya dan kekal
  • c)Didiagnos menghidap salah satu penyakit kritikal                                          


Kenapa anda perlukan pelan seperti ini?Pelan ini amat sesuai untuk anda sekiranya anda inginkan
  1. Perlindungan kewangan untuk diri sendiri - Menyediakan wang tunai segera bagi menampun keperluan hidup apabila anda tidak lagi boleh bekerja di sebabkan lumpuh kekal.
  2. Perlindungan kewangan untuk keluarga - Ia menyediakan aliran wang tunai untuk keluarga anda apabila anda sudah tiada.Oleh itu mereka boleh meneruskan hidup seperti biasa sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu.
  3. Memastikan perniagaan anda berterusan - Pelan ini boleh di gunakan bagi menampung kerugian yang di alami oleh perniagaan atau syarikat dengan ketiadaan anda.
  4. Memastikan ahli kelurga tidak di bebani hutang  - Semasa hidup kita banyak membuat komitmen dan hutang. Semua ini akan di tinggalkan kepada ahli keluarga apabila kita tiada. Oleh itu, pelan ini boleh di gunakan bagi memastikan mereka tidak di bebani oleh hutang yang kita buat semasa hidup

TAKAFUL SAVER

Merupakan manfaat tambahan yang boleh di sertakan di dalam pelan Takafulink dan Takafulink Cerdik.Manfaat ini bertujuan bagi memaksimakan nilai tunai di dalam atau Takafulink dan Takafulink Cerdik. Ini kerana 95% daripada caruman akan di laburkan terus di dalam unit amanah, manakala 5% lagi untuk yuran pengurusan.Kelebihan menyimpan di Takaful Saver adalah simpanan ini mempunyai perlindungan di mana jika berlaku penyakit kritikal kepada peserta, caruman ini akan jadi PERCUMA seumur hidup.Begitu juga apabila berlaku kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal kepada ibu atau bapa, akaun Takaful Saver anak juga akan menjadi percuma sehinggalah anak berusia 25 tahun.
Harga-harga unit Takaful Saver boleh di perolehi di laman web PruBSN - http://www.prubsn.com.my

TAKAFUL PUTERI

Takaful puteri merupakan manfaat perlindungan tambahan khusus untuk wanita yang di tawarkan di dalam pelan Takaful keluarga komprehensif - Takafulink. Ia menyediakan
manfaat perlindungan yang unik kepada wanita di dalam pelbagai peringkat kehidupan.

Biasanya manfaat-manfaat yang di sediakan ini tidak terdapat di dalam pelan perlindungan sedia ada.

Manfaat Takaful Puteri perlu di ambil bersama-sama pelan Takafulink.

Terdapat 2 pilihan iaitu Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus

Takaful Puteri dan Takaful Puteri Plus
Terdapat 3 pilihan bagi amaun perlindungan yang berbeza iaitu RM50,000 , RM100,000 dan RM150,000.

A) Takaful Puteri
Antara manfaat-manfaat yang di tawarkan oleh Takaful Puteri adalah seperti berikut :
1. Kanser Wanita
  • Kanser Payudara
  • Kanser Serviks Uteri
  • Kanser Tiub Fallopio
  • Kanser Ovari
  • Kanser Uterus
  • Kanser Vagina / Vulva
2. Systemic Lupus Erythematosus with Lupus Nephritis (SLE)
Sila rujuk halaman ini untuk mengetahui apakah itu SLE - http://www.lupusmalaysia.org

3. Karsinoma-in-situ payudara atau serviks uteri
Sila rujuk halaman berikut bagi mengetahui tentang carsinoma-in-situ - http://www.breastcancer.org

4. Pembedahan pembaikan (reconstructive) payudara

5. Rheumatoid arthritis dan komplikasinya
Sila rujuk halaman berikut bagi mengetahui tentang Rheumatoid arthritis - http://en.wikipedia.org/wiki/Rheumatoid_arthritis

6. Pembedahan pembaikan muka akibat kemalangan

7. Tampalan kulit akibat terbakar atau kanser kulit

B) Takaful Puteri Plus
Takaful Puteri Plus menyediakan manfaat penjagaan bagi wanita-wanita yang telah menjadi seorang Ibu. Manfaat-manfaat ini termasuklah :

1. Komplikasi Semasa Mengandung

  • Kandungan Luar Rahim
  • Keguguran (semasa kandungan berumur 126-196 hari)
  • Kematian Bayi Dalam Kandungan (Selepas kandungan berusia 196 hari)
  • Kematian Bayi (Selepas 30 hari dari kelahiran)
2. Penyakit Konginetal Terhadap Bayi

PELAN PENDIDIKAN

Kalau kita tanya kepada setiap ibu-bapa, apakah hadiah terbaik yang ingin mereka nak beri kan kepada anak-anak?. Pastinya ramai yang akan menjawab Pendidikan yang terbaik dan sempurna!. Tapi ramai yang terlupa bahawa hadiah yang amat berharga ini hanya boleh di perolehi dengan komitmen yang tinggi samada dari masa,tenaga dan wang ringgit.

Jika kita lihat, bermula dari pra-sekolah lagi, tersedia pelbagai pilihan pendidikan untuk anak kita. Dari pusat pendidikan yang di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan, hingga lah kepada pusat swasta yang menawarkan sistem pendidikan dan pembelajaran yang canggih. Pusat pendidikan swasta selalunya menjadi idaman setiap ibu-bapa  kerana sistem pendidikan nya yang sistematik dan teratur. Namun yang menjadi masalah utama ialah yurannya yang tinggi.Kadangkala melebihi yuran untuk masuk ke sesetengah universiti awam!.

Begitu lah seterusnya sehingga lah anak kita membesar dan akhirnya mendapat peluang untuk belajar di universiti. Semuanya memerlukan wang. Persoalannya, adakah anak kita tahu bahawa semua ini memerlukan wang?. Sudah tentu kita lah yang lebih tahu tentang perkara ini. Oleh itu siapakah yang ada pilihan untuk membuat simpanan?...dan siapakah yang mempunyai pilihan untuk berbelanja sewenang-wenangnya?. Pertimbangkanlah situasi berikut ;
1) Anak kurang pandai belajar dan kita tiada dana pendidikan
    Selalunya apabila berlaku sebegini, ramai yang menggalakan anak untuk bekerja sahaja untuk membantu keluarga.

    2) Anak kurang pandai belajar tetapi kita ada dana pendidikan untuk mereka
    Biasanya ibu-bapa akan mencari pilihan untuk anak-anak mereka belajar di kolej-kolej swasta. Oleh itu, anak mungkin lebih     berpeluang untuk mengubah nasib mereka dengan menyambung pelajaran.

    3) Anak pandai belajar dan kita ada dana pendidikan
    Ini adalah situasi yang paling ideal kerana peluang untuk anak kita menyambung pelajaran terbuka seluas-luanya kerana kita ada dana dan kelayakan. Kita boleh membantu mereka memilih kursus yang terbaik demi masa depan mereka.

    4) Anak pandai belajar, tetapi kita tidak menyediakan dana pendidikan untuk mereka
    Jika situasi ini berlaku pada kita, apakah yang kita akan lakukan apabila anak menyerahkan slip keputusan peperiksaan mereka yang cemerlang?. Apakah yang akan kita jawab jika mereka memberitahu bahawa mereka ingin menyambung  pelajaran di luar negara, sedangkan kita tidak mempunyai dana untuk itu. Mereka telah menjalankan tanggung jawab mereka sebaik mungkin. Tapi bagaimana dengan tanggungjawab kita menyediakan dana pendidikan untuk mereka?.
Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.

Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kemalangan, peyakit kritikal, bil perubatan (Medical Card),elaun hospital dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

1- Pulangan Pelaburan6- Elaun Hospital
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari duduk dalam wad antara RM50 - RM400 sehari
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
  • Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

7- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah sekiranya anak menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

10- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja peserta meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

11 Premium Percuma

Ini merupakan manfaat yang paling penting kerana ia akan menyambung simpanan anak secara automatik sekiranya

  • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Ibu atau bapa meninggal dunia
  • Ibu atau bapa lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
  • Ibu atau bapa mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.
Untuk penerangan lebih lanjut berkenaan pelan pendidikan semua dalam satu PruBSN, boleh hubungi 
Noo Azlin Razali: 016-4127325 
atau email kepada noor.azlin@prubsnadvisor.com.my






  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. - Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
2- Khairat Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

  • Sekiranya berlaku hilang upaya kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.
Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

3- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)

  • Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
  • Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
4- Kemalangan (Meninggal dunia atau Cacat)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
  • Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
  • Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
  • Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.

5) KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan antara RM500,000 - RM1.5 Juta.
  • Bayaran di buat terus ke Hospital Panel yang terdapat di seluruh negara. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila rujuk medical card)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

TAKAFULINK

Takafulink merupakan pelan Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-linked Takaful) yang menawarkan perlindungan komprehensif di samping membenarkan peserta membuat simpanan.
Ia di reka khas bagi memenuhi keperluan individu di setiap peringkat umur samada daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada warga emas.

Pelan Takafulink menyediakan banyak manfaat dalam 1 akaun


Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Kematian

  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)
3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
  • Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
8- Kad Perubatan (Medical Card)
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
9- Medical Cover
  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
  • Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun
10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - swasta atau kerajaan
11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
12- Khairat Kematian
  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
14- Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

PruBSN UMMAH

Suatu pelan yang di reka khusus bagi membantu kita di dalam menunaikan ibadah fardhu Haji dan Umrah. Pelan ini menggabungkan simpanan dan perlindungan yang memfokuskan kepada membantu kita untuk menunaikan kewajipan haji samada semasa masih hidup atau pun setelah meninggal dunia.


Apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?
1. Manfaat perlindungan asas Takaful
2. Manfaat-manfaat Haji/Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang untuk tunaikan haji).

  • Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.




3. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
4. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
  • Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda.
5.Meningkatkan simpanan usia emas anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

6. Manfaat-manfaat penyakit kritikal

  • Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.Sila rujuk senarai penyakit-penyakit kritikal.
7. Bonus Loyalti.
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.
Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
  • Umur anda
  • Jumlah dan terma perlindungan anda
  • Status kesihatan anda
  • Jantina anda
  • Tahap risiko pekerjaan anda
  • Kaedah pembayaran anda
  • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
Untuk penerangan lanjut, atau ingin mendapatkan quotation PERCUMA berkaitan pelan ini, boleh terus hubungi saya di talian 016-4127325 atau email : noor.azlin@prubsnadvisor.com.my

  • Pelan ini menyediakan 3 perlindungan asas iaitu apabila berlaku :
  1. Kematian
  2. Cacat Kekal
  3. Penyakit Kritikal

SOALAN LAZIM (FAQ)

1) Adakah produk Takafulink mematuhi Syariah?
Ya, produk Takafulink adalah mematuhi undang-undang syariah yang telah di tetap dan di luluskan oleh Bank Negara Malaysia. PruBSN juga mempunyai Majlis Pengawasan Syariah sendiri bagi memastikan perjalanan syarikat dan produk-produk yang di keluarkan mematuhi syariah. Sila rujuk -
1) Majlis Pengawasan Syariah
2) Senarai Operator Takaful


2) Berapakah sumbangan minima bagi akaun Takafulink?
Sumbangan minima bagi akaun dewasa adalah RM100 sebulan manakala untuk akaun pendidikan (Takafulink Cerdik) boleh bermula dengan serendah RM50 sebulan. Namun begitu, Sumbangan bagi setiap individu adalah berbeza mengikut faktor-faktor berikut :

  • Jumlah manfaat yang di ambil
  • Umur
  • Jantina
  • Pekerjaan
  • Merokok / Tidak Merokok
Selain itu anda juga di nasihatkan supaya membuat sumbangan mengikut keperluan dan kemampuan. Untuk mendapatkan manfaat-manfaat dan jumlah sumbangan yang sesuai untuk anda, sila dapatkan Quotation Percuma .
3) Bagaimanakah Cara Pembayaran Sumbangan Takafulink?
Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :


  1. Kad Kredit
  2. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :
    • Maybank
    • CIMB Bank
    • RHB Bank
    • Bank Simpanan Nasional
  3. Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan)
  4. Melalui internet - Maybank2u
  5. Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional
  6. Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek
4) Bilakah Peserta boleh mengeluarkan Nilai Tunai dari akaun?
Nilai tunai boleh di keluarkan pada bila-bila masa untuk apa sahaja tujuan apabila jumlah nilai tunai melebihi RM4,000. Contohnya, apabila nilai tunai pada suatu masa berjumlah RM10,000 , peserta boleh mengeluarkan tunai sebanyak maksima RM6,000.


5) Apakah kegunaan Kad Perubatan?

Kad perubatan merupakan manfaat tambahan yang boleh di sertakana bersama-sama pelan Takaful keluarga Takafulink. Ini bertujuan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless). Anda hanya perlu membawa Kad Perubatan ini semasa membuat pendaftaran kemasukan ke Hospital panel.
6) Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?
Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di Hospital-hospital yang menjadi Panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen)


7) Kenapakah tuntutan saya di tolak?
Terdapat beberap faktor yang menyebabkan tuntutan anda di tolak oleh syarikat. 


8) Bagaimana cara untuk membuat tuntutan (Claim)?
Di PruBSN Takaful, kami sebagai ejen komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Salah satu daripada tanggung jawab ejen adalah membuat tuntutan bagi pihak pelanggan. Oleh itu bagi setiap kes yang memerlukan tuntutan secara manual, pelanggan hanya perlu memaklumkan kepada ejen butir-butir tuntutan (hospital,Doktor yang merawat,jenis penyakit, dsb) dan memberikan segala dokumen yang berkaitan seperti resit asal,itemised bil dan laporan doktor jika ada. Jika tidak mendapat laporan doktor semasa "discharge" adalah tidak mengapa, kerana ejen akan membuat follow-up bagi pihak pelanggan.
9) Apakah dokumen yang di perlukan bagi membuat tuntutan (Claim)

Membuat tuntutan biasanya memerlukan beberapa dokumen seperti berikut :

i) Tuntutan Bil Perubatan

1) Laporan perubatan dari pihak hospital
2) Resit Asal

3) Itemised Bill
4) Borang tuntutan

ii) Tuntutan Elaun Hospital / Elaun Pembedahan
1) Laporan perubatan dari pihak hospital
3) Itemised Bill

4) Borang tuntutan

iii) Tuntutan Kematian

1) Laporan pihak hospital
2) Salinan Sijil Mati (yang di sahkan)
3) Laporan port-mortem (jika berkenaan)
4) Sijil Takaful
5) Borang tuntutan

10) Berapa lamakah masa yang di ambil bagi mendapatkan sesuatu tuntutan

Membuat tuntutan memerlukan dokumen yang lengkap seperti yang telah di senaraikan di atas. Oleh itu, masa yang di perlukan bagi mendapatkan dokumen-dokumen (contohnya laporan perubatan dari doktor mungkin memerlukan masa antara 2 minggu hingga 2 bulan). Ini akan mempengaruhi tempoh masa bagi mendapatkan sesuatu tuntutan. Apabila semua dokumen yang di perlukan telah lengkap, syarikat akan mengambil masa 14 hari bekerja bagi memproses tuntutan tersebut. Anda di galakkan selalu berkomunikasi dengan ejen bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan tuntutan anda.

PENYAKIT SPESIFIK

Kad Perubatan (medical card) PruBSN Takaful tidak melindungi peserta daripada penyakit spesifik yang berlaku di dalam 120 hari yang pertama daripada tarikh sijil Takaful.
Penyakit-penyakit spesifik adalah bermaksud penyakit-penyakit berikut dalam keadaan-keadaan berkaitan dan komplikasi-komplikasi yang berlaku di dalam seratus dua puluh (120) hari pertaman perlindungan Takaful tidak kira samada orang yang dilindungi sedar ataupun tidak :

a) Hipertensi, Diabetes Mellitus dan Kardiovaskular
b) Semua Tumor, Kanser, Sista, Nodul, Polip, Batu Karang, Batu dalam sistem Biliari
c) Semua penyakit telinga, hidung dan tekak (ENT)
d) Hernia, Hemoroid, Fistula, Hidrosele, Varikosele
e) Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
f) Gangguan spina vertebro dan penyakit lutut

TEMPOH MENUNGGU

Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya

Penerangan
1) Tarikh Kuatkuasa - Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.

2) Selepas 1 bulan - Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3) Selepas 3 bulan - Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan
Tanpa perlu membuat tuntutan
4) Selepas 4 Bulan - Mula melindungi perseta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik
.
Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.

TUNTUTAN / CLAIM

Tuntutan / Claim adalah aspek paling penting di dalam Takaful & insurans. Tak berguna kita mempunyai sesuatu plan Takaful atau insurans jika kita tidak dapat membuat apa-apa tuntutan apabila berlaku sesuatu bencana kepada kita atau keluarga. Oleh itu di sini sana ingin kongsikan beberapa aspek penting berkaitan tuntutan / claim yang perlu di ketahui oleh pemegang polisi atau pun ejen seperti proses membuat claim, perkara yang mempengaruhi proses claim, dokumen yang di perlukan apabila membuat sesuatu claim dan contoh-contoh claim yang saya pernah buat sebelum ini. Semoga dapat memberi sedikit maklumat kepada semua.

Selalu kita terdengar cerita-cerita yang mengatakan insurans atau Takaful ni susah nak claim, terlalu leceh, penipu dan sebagainya. Mungkin juga anda salah seorang yang memang mengalami sendiri pengalaman ini di mana anda gagal membuat sebarang tuntutan dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti sahaja dari menyimpan di Insurans/Takaful. Hakikat ini sememangnya di fahami kerana pemegang akaun akan tertipu,marah dan merasakan menyimpan di akaun ini sebagai perkara yang sia-sia sahaja.
Sebenarnya ada juga saya menerima pertanyaan yang berkaitan dengan perkara ini walaupun kini semakin berkurangan. Namun sepanjang karier saya sebagai perunding produk kewangan ini, dapat saya pelajari bahawa terdapat 4 faktor utama kenapa pemegang akaun insurans atau takaful gagal mendapatkan tuntutan (claim) mereka.
1) Polisi atau Sijil lapsed
Polisi boleh jadi lapsed apabila pemegang polisi atau sjil gagal membayar caruman dalam tempoh yang di tetapkan. Selalunya tempoh ini bergantung kepada kekerapan bayaran (bulanan,kuarter,dwi-tahunan dan tahunan) dan nilai tunai yang ada dalam akaun tersebut.Semakin sedikit nilai tunai, semakin cepat polisi menjadi lapsed. Apabila polisi lapsed,ia tidak lagi berfungsi melindungi pemegang akaun seperti yang sepatutnya. Umpama tayar simpanan kenderaan,walaupun sentiasa di bawa bersama kereta, tapi tidak akan berguna jika tiada angin (biasalah, siapa yang selalu check tayar spare?...) .Oleh itu, sebelum anda membuat sebarang claim atau ingin menggunakan kemudahan kad perubatan, pastikan polisi atau sijil anda masih aktif. Jika tidak, sudah pasti claim anda akan di tolak begitu sahaja.
2) Akaun tidak komprehensif
Terdapat pelbagai jenis plan insurans atau takaful di pasaran.Pelan-pelan ini mempunyai objektif yang berbeza mengikut keperluan pengguna. Ada pelan yang hanya memberikan perlindungan Kemalangan Peribadi (PA), Insurans nyawa, Penyakit kritital dan yang komprehensif.
Ramai yang silap faham atau tidak mengambil tahu apa jenis perlindungan yang ada di dalam akaun insurans/Takaful mereka. Oleh itu tidak hairanlah apabila tuntutan bil hospital di tolak kerana akaun insurans yang di ambil tidak mempunyai perlindungan hospital seperti Kad Perubatan dan sebagainya. Oleh itu, apabila anda mengambil sesuatu pelan Insurans atau Takaful, sila fahami dengan sebaiknya apa jenis perlindungan yang di berikan. Sebaik-baiknya, ambil lah yang komprehensif di amana akaun tersebut yang boleh melindungi anda jika berlaku perkara-perkara seperti berikut :
a) Kematian/Lumpuh sepenuhnya
b) Penyakit Kritikal
c) Kemalangan
d) Bil Hospital yang tinggi akibat apa-apa sahaja penyakit
3) Gagal mengisytiharkan maklumat cadangan dengan sempurna
Syarikat insuran tidak mengenali anda dan tidak mengetahui samada anda adalah seorang yang berisiko rendah atau sebaliknya untuk di insuranskan. Oleh sebab itu, semasa memohon sesuatu insuran/takaful, pelanggan di kehendaki mengisytiharkan segala maklumat peribadi dan maklumat berkenaan keadaan kesihatannya dengan sebaik mungkin. Syarikat insuran akan menerima permohonan berdasarkan maklumat tersebut. Oleh itu, jika berlaku sebarang kecuaian (samada secara sengaja atau tidak) ataupun penipuan semasa pengisytiharan maklumat kesihatan, boleh menyebabkan tuntutan di tangguhkan atau di tolak. Dalam sesetengah keadaan syarikat juga berhak membatalkan polisi dan memulangkan semula segala caruman yang telah di bayar
4) Tempoh menunggu
Sesuatu polisi biasanya mempunyai tempoh menunggu tertentu sebelum ia boleh melindungi peserta daripada sesuatu risiko. Sebagai contoh, Kad Perubatan hanya akan membayar kos rawatan penyakit batu karang selepas 120 hari ia di keluarkan. Jika peserta di masukkan ke hospital sebelum tempoh tersebut, syarikat berhak untuk menolak tuntutan yang di buat. Oleh itu, bagi yang masih bertangguh-tangguh untuk mengambil insuran/takaful, buatlah keputusan segera kerana kita tidak tahu bila akan memerlukannya. Jangan sampai di sebabkan sikap kita yang suka bertangguh, kita tidak dapat membuat tuntutan hanya kerana polisi insurans/takaful kita tidak cukup tempoh menunggu 1 hari!.
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
5) Pengecualian
Terdapat 2 jenis pengecualian ;
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).

Contoh pengecualian umum :
Klik sini -> Lihat dibahagian pengecualian.

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

Cubalah anda fikirkan dan belek semula polisi/sijil anda, kenapakah tuntutan anda di tolak?. Kemungkinan besar adalah di sebabkan salah satu faktor di atas. Oleh itu, periksa semula polisi insuran/Takaful yang anda ambil dan pastikan ianya boleh membantu anda semasa di perlukan.

CARA MEMBUAT TUNTUTAN DI HOSPITAL KERAJAAN
Di sini saya ingin kongsikan pengalaman bagaimana membuat claim bagi kemasukan ke wad hospital kerajaan.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa berurusan dengan hospital kerajaan sangat leceh dan rumit.Sebenarnya memang ya jika kita tidak tahu prosedur dan dokumen yang perlu di sediakan.

Seperti biasa, untuk membuat sesuatu tuntutan, perkara pertama yang perlu di sediakan adalah laporan perubatan dari hospital. Untuk mendapatkan laporan perubatan, anda perlu berurusan di Jabatan Rekod Perubatan sesebuah hospital. Biasanya proses mendapatkan laporan ini lah yang memakan masa dan proses mendapatkan Tuntutan menjadi sangat panjang.
Dokumen yang di perlukan bagi mendapatkan laporan perubatan dari hospital kerajaan (Hospital Kuala Lumpur) biasanya adalah seperti berikut :

1) Surat kebenaran dari pesakit (jika permohonan di buat oleh wakil / ejen insurans)
2) Borang permohonan
3) Salinan Discaj Summary / Discaj Note (minta dari pesakit atau dari Wad)
4) Salinan ic penjaga (bagi pesakit kanak-kanak)
5) Salinan Ic/Sijil lahir pesakit
6) Borang laporan perubatan syarikat insurans (untuk di isi oleh Doktor atau Pegawai Perubatan)
7) Bayaran (Mengikut bilangan dan jenis laporan). Biasanya antara RM40 - RM1,000

Nota : Senarai ini mungkin berbeza antara hospital. Anda di nasihatkan untuk menghubungi pihak Jabatan Rekod Perubatan terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian tentang dokumen yang di perlukan.

Dokumen-dokumen ini perlu di sediakan semasa anda membuat permohonan.Jika tidak lengkap,anda mungkin di minta balik begitu sahaja (penat, bengang,etc..etc...).
namun senarai ini mungkin berbeza di antara hospital.
Tempoh laporan siap adalah 8 minggu hingga ??? . Namun kadangkala doktor dapat menyiapkannya dalam masa 1 bulan .Biasalah doktor di hospital kerajaan ni sangat sibuk melayan pesakit yang ramai.
 
Ok,setelah laporan perubatan siap, dokumen berikut perlu di hantar ke Prudential bagi tujuan tuntutan. Selain laporan perubatan ini, dokumen lain yang perlu di sertakan adalah
 
1) Laporan perubatan
2) Borang tuntutan
3) Salinan bil / discaj note

Sila pastikan semua dokumen ini di fotostat sebelum di hantar bagi tujuan rujukan di masa akan datang. syarikat akan mengambil masa 14 haru bekerja bagi memproses claim tersebut.Jika tiada sebarang masalah,claim anda mungkin di luluskan lebih awal.
 
Contoh dokumen :
 
1) Discharge Note
















2) Borang Permohonan
 
 

KONSEP TAKAFUL

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah. Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda
Dana Ekuiti - Risiko tinggi & pulangan tinggi
Dana Urus - Risiko & pulangan sederhana
Dana Aman - Pulangan lebih rendah dengan risiko yang minima

MEDICAL CARD


MEDICAL CARD (KAD PERUBATAN)
NILAI PERLINDUNGAN YANG TINGGI & BAYARAN BULANAN YANG RENDAH TERTAKLUK KEPADA UMUR SERTA KEMAMPUAN ANDA
Insuran No 1 & terbaik di Malaysia. Rekod claim yang cemerlang tanpa Medicare ATAU Medijaring.
Had Min RM 500,000-00 sehingga umur 70 Tahun. Had tahunan RM50,000-00 tanpa Pecahan had.
Berkuatkuasa selepas 4 bulan dari tarikh kad. Untuk Kemalangan, sebaik sahaja kad diluluskan.

Secara asasnya, Kad Perubatan ini menyediakan manfaat seperti berikut :


BIL SEPERTI DICAJ
· Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian RM100-00 (Max 120 hari)
· Manfaat ICU (30 hari setahun)
· Manfaat Pembedahan
· Manfaat Dalam Hospital & Perkhidmatan Berkaitan
(Ubat,peralatan,ujian makmal,makanan,ambulan,yuran Dr & lain2)

BIL SEPERTI DICAJ – PESAKIT LUAR
· 30 Hari Sebelum & 90 Hari selepas keluar wad – Prudential akan membayar balik
90% daripada nilai bil rawatan ini.
· Manfaat Penjagaan oleh Jururawat di rumah 4 jam setiap hari (Lifetime 180 hari)
· Manfaat Surgeri Harian
· Manfaat Rawatan Barah
· Manfaat Rawatan Dialisis Buah Pinggang
· Manfaat Rawatan Kecemasan Kecederaan Kemalangan

LAIN LAIN BIL
· Ko –Insuran – 10% daripada kos bil hospital perlu dibayar oleh anda kepada
hospital (Minima RM300-00 & Maksima RM1,000-00)
· Perlindungan 24 jam di seluruh dunia – Asalkan tidak melebihi 90 hari. Bil
dibayar balik mengikut kadar rawatan di Malaysia tertakluk mana yang lebih
rendah.
FAEDAH-FAEDAH PAMPASAN
(Tidak dipotong dari nilai Kad Perubatan atau pun Simpanan Anda).
· Kematian biasa atau hilang Upaya Kekal + Khairat kematian RM2,000-00 + Nilai
tunai simpanan anda
· 36 Penyakit Kritikal / Hilang Upaya Kekal (sebelum umur 60 tahun) atau Kematian
– jumlah tertakluk kepada caruman bulanan anda.
· Kematian /Hilang Upaya kekal akibat Kemalangan – Minima RM20,000-00 .
Dibayar berganda jika ia berlaku di dalam pengangkutan awam, lif atau hotel.
· Kos Perubatan Pesakit Luar – RM2,000-00 bagi setiap kemalangan.
· Elaun Cuti Sakit (MC) (Akibat Kemalangan) – Minima RM100-00 seminggu.
· Elaun Harian semasa berada di Wad Hospital – RM50-00 hingga RM400-00
(tertakluk kepada caruman bulanan anda)
SIMPANAN & PELABURAN ANDA
· Tempoh matang – anda yang tentukan asalkan nilai simpanan anda melebihi
RM1,000-00 utk kad Prudential atau RM4,000-00 jika Kad BSN Takaful.
· Untuk Kad Prudential, seandainya anda didiagnos 36 Penyakit Kritikal atau
pun Hilang Upaya Kekal (sebelum umur 70 tahun) , anda tidak perlu lagi
mencarum premium bulanan anda. Prudential akan mengambil alih
mencarum ke dalam akaun anda sehingga umur anda mencapai 100 tahun.
Utk Kad Pru BSN Takaful hanya 36 Penyakit Kritikal sahaja & sehingga
umur anda mencapai 80 tahun)
· Simpanan anda terjamin, tidak terjejas walaupun anda sudah membuat claim
atau mendapat faedah-faedah pampasan di atas.
· Simpanan Tambahan ( SAVER) Minima RM10-00 - dapat mempercepatkan nilai tunai
simpanan anda.

 

  1. Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM 1,500,000 untuk seumur hidup.
  2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel. Peserta tidak perlu membuat tuntutan kerana bayaran bil akan di buat terus kepada hospital.
  3. Tiada Had Tahunan. Oleh itu kad ini boleh di gunakan untuk membayar bil hospital sehingga RM1.5 juta sekaligus.
  4. BONUS Tanpa Tuntutan. Bonus tahunan sehingga RM500 setahun akan di bayar jika peserta tidak pernah membuat apa-apa tuntutan bil perubatan.
  5. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 atau 80 tahun.
  6. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.
  7. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.
  8. Membiayai kos rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.
  9. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.
  10. Membiyai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).
  11. Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang.
  12. Kos Rawatan penyakit Kanser.
  13. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)

PANEL SHARIAH PruBSN TAKAFUL


Profiles of PruBSN's Shariah Committee (SC)PruBSN is currently under the advice and supervision of the following four prominent Shariah scholars specialized and experienced in various fields of contemporary Islamic knowledge and practice. They are: -



1. Datuk Haji Mohd. Nakhaie Haji Ahmad – SC Chairman
Datuk Haji Mohd Nakhaie is currently the President of Islamic Dakwah Foundation of Malaysia . Graduated from Al-Azhar University in theology and philosophy, he also holds a master degree in Islamic history and civilization from Cairo University .
Experienced in youth and student's movement for more than 18 years, Datuk Nakhaie also has more than 20 years experience in politics specializing in political information. He also has actively involved in many intellectual and political seminars, conferences and talks in Malaysia and abroad since 1965 as student leader, political leader and social activist.
Datuk Nakhaie has written many articles on various areas of Islamic revealed knowledge in magazines and newspapers such as Islamic ethics, Islamic history and civilization, Islamic traditions in da'wah, ibadah and so on.

2. Prof. Datuk Dr. Mohammed Yusoff Hussain – SC Member
Before being a rector of Islamic College of Darul Ridzuan, Datuk Yusoff was a mufti of Federal Territory for 2 years. He was also a lecturer in Malaysian National University (UKM) for almost 30 years. He used to be the head of Department of Islamic theology and philosophy as well as the dean of faculty of Islamic studies.

3 . Dr. Mohd Fuad Md Sawari
A lecturer in International Islamic University Malaysia (IIUM) since 1996, Dr. Mohd Fuad is currently Chairman of Shariah Committee for Bank Simpanan Nasional. After completing his first degree in Islamic Academy, University Malaya in Syariah Faculty in 1991, he obtained his second degree from University of Amman , Jordan in 1995. In 2004 he acquired Ph.D in Fiqh and Usul Fiqh from International Islamic University Malaysia writing a thesis on E-Commerce between Islamic and Malaysian Law. He also has written several books in Islamic jurisprudence such as Introduction to Study in Fiqh and so on.

4. Burhanuddin LukmanHis working experience begins as Assistant Lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM in 1993 after graduation from Islamic University of Madinah. Ustaz Burhan then pursued his study in University Al al-Bayt, Jordan until he secured his second degree in 2000. He also holds Shariah Lawyer Certificate from Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) in 2002.
Ustaz Burhan is currently a lecturer in Kulliyyah of Laws of IIUM since 2000 while being a member of Shariah Committee in Al-Rajhi Bank Malaysia . He speaks fluently 3 different languages besides his mother tongue mainly; Arabic, English and Mandarin.

Sumber : www.prubsn.com.my

SENARAI HOSPITAL PANEL

Berikut adalah senarai Hospital Panel PruBSN Takaful Seluruh Malaysia.

Kedah

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4238888 FAx : 04-4258888

Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra,
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888 Fax : 04-7348882

Kedah Medical Center Pumpong,
05250 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7308878 Fax : 04-7332869

Strand Hospital
1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888 Fax : 04-4428889


Johor

Medical Specialist Hospital
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor
Tel : 07-224 3888 07-223 6785

Pusat Pakar Kluang Utama
No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07-771 8999 07-772 8999

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
(formerly known as The SouthernHospital, Batu Pahat)
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-413 3333 07-413 3346

Johor Specialist Hospital
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2253000 07-2248213

Puteri Specialist Center 33,
Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2233377 07-2238833

Hospital Pantai Batu Pahat
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-433 8811


Melaka

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd
(formerly known as TheSouthern Hospital, Melaka)
169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka
Tel : 06-283 5888 06-281 0518

Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1,
KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka
Tel : 06-231 9999 06-231 3299

Mahkota Medical Centre 3,
Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka
Tel : 06-281 3333


Negeri Sembilan

Columbia Asia Medical Centre,
S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-601 1988 06-601 1848

N.S Chinese Maternity Medical Centre
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel : 06-762 2104 06-763 0407

Nilai Cancer Institute PT 13747,
Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-850 0999 06-850 0733

Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square,
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800 06-7675900


Kuala Lumpur / Selangor

Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9132 2022 03-9132 0732

Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-4043 7166 03-4043 7661

Pantai Indah Medical Centre
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4289 2828 03-4289 2829

Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2072 1655 03- 2070 0345

Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2687 5000 03- 2687 5016

Assunta Hospital
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-7680 7000 /03 -7781 6902 03-7781 4933

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-4255 2707 03-4255 2711

Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212 03-5630 6075

Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor
Tel :03-3373 3636 03-3376 3888

KPJ Kajang Specialist Hospital
(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor
Tel : 03-8769 2999 03-8769 2808

Sunway Medical Center
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor. 03-7491 9191 03-7491 0242

Ampang Puteri Specialist Hospital
No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali,
68000, Ampang, Selangor
Tel : 03-4270 2500 03-4270 2443

Tawakal Hospital 202-A Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur 03-4023 3599
Tel : 03-4022 8063

Damansara Specialist Hospital
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7722 2692 03-4270 2443

Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2296 0888 03-22960832


Kelantan

Universiti Sains Malaysia USM,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-766 3137

Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam.
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-745 8000 09-747 2877

Kota Bharu Medical Centre
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-743 3399 09-747 8271


Terengganu

Kuala Terengganu Specialist Hospital
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400
Kuala Terengganu, Tereangganu
Tel : 09-624 5353 09 Fax : 09-626 5211

Pahang

Kuantan Medical Centre 1,
Jalan Tun Ismail 9,
25000 Kuantan , Pahang
Tel : 09-514 2828 Fax 09-516 3753

Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang Tel : 09-567 8588 09-567 8098


Sabah

Sabah Medical Centre
Lorong Bersatu,
Off Jalan Damai Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel 088-222922 Fax : 088-243540

Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre,
Off Jalan Lintas, Kepayan,
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah
Tel : 088-272630 Fax : 088-272640

Damai Specialist Centre
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1,
Off Jalan Damai,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922 Fax : 088-243540


Sarawak

Normah Specialist Medical Centre
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-440055 Fax : 082-442600

Rejang Medical Centre
29, Jalan Pedada,
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800 Fax : 084-219900

Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD,
Taman Timberland, Rock Road,
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-234466 Fax : 082-244273

Columbia Medical Centre, Miri
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit,
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak.
Tel : 085-437755 Fax : 085-425677

Kuching Specialist Hospital
Lot 10420 Block 11,
Tabuan Stutong Commercial Center,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
082-365777 082-364666


Perak

Pantai Putri, Ipoh
126, Jalan Tambun,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5484333 Fax : 05-5458168

Apollo Medical Centre
271, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8056000 Fax : 05-8076000

Fatimah Hospital
1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5455777 Fax : 05-5499237

Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 8777 05-254 1888


Penang

Bagan Specialist Centre
Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth
Tel : 04-3322800 Fax : 04-3312806

Pantai Mutiara Hospital
82, Jalan Tengah, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel : 04-643 3888

Gleneagles Medical Centre
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2276111 Fax : 04-2262994

Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200 Fax 04-2278512

Lam Wah Ee Hospital
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
16000 Pulau Pinang
Tel : 04-6571888 Fax : 04-6570940

Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2262323 Fax: 04-2299008

Hope Children Hospital (Sg Ara )
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-644 7557 / 04-644 1557 FAx : 04-646 1559

Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3,
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-829 7926/ 04-826 6557 Fax : 04-829 7982

Loh Guan Lye Specialist Centre
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang
Tel : 04-2388888 Fax : 04-2388983

Island Hospital 308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Tel : 04-228 8222 Fax : 04- 226 7989